Thursday, August 14, 2008

Tiada Maaf Bagimu UiTM

Begitu angkuh MB Selangor ini kerana tidak mahu memohon maaf atas cadangan yang tidak masuk akal. Kenapa isu ini bibangkitkan selepas hati orang melayu terguris dek kerana forum “Memeluk Islam” yang telah dianjurkan oleh Majlis Peguam (BAR Council).

Mahasiswa UiTM dengan lantangnya menentang cadangan ini. Nampaknya mahasiswa hari ini sudah mula pandai menghargai peluang yang ada. Tetapi mengapa pula masih ada orang yang belum sedar dan berterima kasih apatah lagi bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya hasil daripada Perkara 153 dalam perlembagaan. Seharusnya kita perlu muhasabah diri dalam meniti kedewasaan ini. jangan pernah jadi "kacang lupakan kulit".

Bagi anak merdeka, cadangan tersebut lebih kepada bermotifkan politik. Semua ini bagi menagih simpati dan undi kaum lain kepada Pakatan Rakyat. Jangan jadikan pusat kecemerlangan ilmu ini sebagai alat untuk mencapai cita- cita politik.

Anak Merdeka

No comments: