Tuesday, July 22, 2008

AUKU dan Masa Depan



Isu AUKU sememangnya tidak penah lekang sejak termaktub akta tersebut. Setiap kali menteri baru yang bertanggungjawab ke atas akta tersebut, kedengaranlah bunyi- bunyi mengenai AUKU. Pembangkang seperti biasa mendesak agar AUKU dimansuhkan. Selepas PRU 12, AUKU tidak ketinggalan dalam agenda perbincangan. Menteri Pengajian Tinggi yang baru, telah mengatakan bahawa AUKU akan dipinda mengikut kesesuian dan relevennya.

Ada sesetengah pihak yang mendakwa AUKU telah menyebabkan mahasiswa gagal bersaing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Bagi pendapat saya, sejak AUKU dilaksanakan banyak graduan yang telah berjaya sehingga ke hari ini. Punca yang menyebabkan mahasiswa itu gagal bersaing adalah berpunca daripada diri mahasiswa itu sendiri. Kalau benar AUKU itu menjadi puncanya, mengapa lahirnya garduan- graduan yang telah mengisi jawatan profesional di luar? Malah ada pula yang menjadi wakil rakyat. Ada juga yang telah sampai ke bulan. Bukankah mereka ini keluaran AUKU?

Jika dilihat senario di kampus hari ini, ternyata terdapat mahasiswa yang masih tidak dapat bersaing di peringkat glokal selagi sikap dan identiti tidak diubah. Contohya berapa ramai yang mengunjungi perpustakaan untuk menambah ilmu? Jika ke perpustakaan hanya untuk menyiapkan assingment itu tidak cukup melahirkan mahasiswa yang berintelektual. Jika kita hitung berapa ramai mahasiswa yang benar- benar menguasai dan faham dengan apa yang diajar oleh pensyarah, rasa saya jawapannya mungkin akan mengecewakan kita. Mana mungkin ini berlaku jika jumlah garduan kelas pertama semakin berkurangan dan yang gagal menamatkan pengajian atas alasan akademik semakin meningkat.

AUKU juga telah dipersalahkan sehingga membawa kepada tuntutan untuk dipinda dan dimansuhkan. Antara puncanya mahasiswa gagal membawa pesonaliti dan keterampilan yang membanggakan. Ada yang menyalahkan AUKU kerana menggongkong mahasiswa untuk terlibat dengan persatuan- persatuan di luar kampus. Perkara ini cukup menarik untuk dibahaskan dengan realiti yang sedang berlaku dikampus.

Setiap universiti mempuanyai persatuan- persatuan yang jumlahnya diantara 80 hingga 200 persatuan. Bukankah persatuan ini milik dan dikendalikan sendiri oleh mahasiswa? Ya, sememangnya digerakan sendiri oleh mahasiswa. Namun berapakah jumlah persatuan dan ahli yang aktif? Berapa pula aktiviti yang telah dijalankan mencapai objektif dan bertaraf antarabangsa? Mengapa pula inginkan mahasiswa diberi ruang dan kebebasan untuk menyertai dan menggerakkan persatuan diluar kampus? Adakah persatuan dalam kampus sudah cukup hebat dan bertaraf antarabangsa? Persolan ini yang perlu difikirkan sebaik mungkin sebelum memberi ruang untuk mereka terlibat dengan peratuan luar kampus. Alangkah baiknya jika mahasiswa yang ada memajukan dan membawa persatuan dalam kampus ke satu tahap yang boleh membanggakan universiti dan negara. Jangan jadi ayam yang pandai berkokok sahaja diluar,tapi isinya tiada.

No comments: