Apabila diungkap perkataan mahasiswa terbayang di kotak fikiran ialah orang cerdik pandai dan berpengetahuan tinggi. Golongan ini amat disanjung tinggi oleh masyarakat kerana ilmu yang dimiliki. Namum begitu, tanggapan sebegitu hanya boleh diguna pakai pada awal tahun 80’an hingga 90’an. Zamam melenium menyaksikan bahawa makna mahasiswa itu tersebut tidak mampu lagi digalas oleh mereka yang bergelar mahasiswa. Perkataan mahasiswa itu sendiri menggambarkan atau membawa maksud yang begitu tinggi.
Mahasiswa hari ini dianggap lesu, tidak berkualiti dan tidak mampu bersaing diperingkat glokal. Tanggapan sebegini biasa kedengaran kerana pelbagai masalah yang sering ditumbulkan oleh mahasiswa itu sendiri. Kadang- kala masalah atau isu yang ditimbulkan mengaibkan perkataan “mahasiswa” dan menggambarkan bahawa mahasiswa telah mencemarkan keintelektualan mereka sendiri. Isu penggangguran mahasiswa memburukkan lagi keadaan. Para majikan melebelkan mahasiswa hari ini gagal memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Tanggapan sebegini harus ditepis dengan mahasiswa itu sendiri harus bagkit dan bangun untuk membuktikan bahawa tuduhan sebegitu tidak tepat sama sekali.
Aspek utama yang perlu dititik beratkan oleh mahasiswa adalah penguasaan ilmu pengetahuan yang melangkaui sempadan. Penguasaan ilmu ini amat penting dalam mahasiswa mengharungi cabaran yang semakin kompetatif ini. Tanpa pengusaan ilmu sebegini, akan membuatkan mahasiswa itu sendiri ketinggalan dek masa dan globalisasi yang semakin laju dan tidak pernah menunggu sesiapa. Apabila penguasaan ilmu menjadi teras utama agenda pembangunan mahasiswa secara tidak langsung akan membuatkan mahasiswa itu telah keluar daripada kejumudan fikiran dan sempadan ilmu yang ada. Ini akan menjadikan mahasiswa mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu untuk mengahasilkan sesuatu yang boleh membanggakan diri, keluarga dan universiti. Oleh itu mahasiswa harus keluar dari kepompong yang terisi di dalamnya keseronokan dan kelekaan yang menyebabkan terbatasnya penguasaan ilmu itu sendiri. Menerokai segala bidang ilmu pengetahuan sebanyak mungkin bagi memperkasakan diri tanpa mengenal erti jemu dan perkatann “SAYA TIDAK BOLEH”.
Ternyata negara kita memerlukan lebih ramai golongan cerdik pandai dalam meneruskan agenda pembangunan negara bagi manuju wawasan 2020. Mahasiswa harus memainkan peranan penting dan mengambil tempat yang terbaik dalam agenda tersebut melalui penguasaan ilmu melangkaui batasan. Kekurangan saintis, jurutera, doktor dan golongan cendikiawan yang hebat dan disegani seharusnya diisi oleh mahasiswa hari ini yang dikatakan sebagai pewaris negara masa hadapan.
Jika dilihat hari ini, teknologi semakin pantas meninggalkan manusia yang leka. Penguasaan ilmu ini akan membuatkan mahasiswa itu mampu bergerak dan berlari seiring dengan perkembangan teknokogi. Apa yang boleh dibanggakan lagi apabila mahasiswa menjadi penggerak dan pemacu kepada perkembangan teknologi itu sendiri. Ini boleh dilakukan jika penguasaan ilmu pengetahuan tanpa sempadan ada pada mahasiswa.
Agenda untuk memperkasakan mahasiswa perlu diambil perhatian oleh semua golongan mahasiswa. Apabila sudah menguasai ilmu, mahasiswa perlu mempunyai towering personality dan modal insan yang tinggi. “Towering personality” ini amat penting bagi mahasiswa hari ini dalam mengaharungi cabaran yang semakin tidak mengenal sempadan. Ini turut meliputi aspek “soft skill” mahasiswa itu sendiri. Penampilan dan personaliti mahasiswa harus mengikuti standart yang diperlukan tanpa melupakan pegagangan agama yang satu. Ini akan menggambarkan mahasiswa itu mempunyai identiti kelas pertama. Sememangnya mahasiswa harus mencerminkan peribadi yang terbaik setanding dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. . Pegangan agama yang kuat perlu dititik beratkan agar pekembangan ilmu selari dengan tuntutan agama. Ini bagi memastikan mahasiwa mengetahui dan berada landasan yang tepat dalam meneruskan agenda pembangunan mahasiswa. Secara tidak langung pegangan dan nilai-nilai murni yang dituntut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seperti jujur, amanah, rajin hormat menghormati, berdaya saing dan sebagainya.
Keyakinan yang tinggi juga dituntut untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti. Tanpa keyakinan, mahasiswa tidak akan mampu melakukan yang terbaik dan mahasiswa tidak akan berani untuk memulakan sesuatu yang boleh mencetus kepada pembaharuan untuk kepentinagan bersama. Berbekalkan keyakinan ini akan membantu mahasiswa untuk menjadi insan yang berkualiti dan mampu memenuhi kehendak nagara dan masyarakat.
Seterusnya, mahasiswa itu sendiri perlu bersatu tanpa mengira idealogi dalam aspek pembagunan mahasiswa itu sendiri. Perbezaan idealogi seharusnya tidak menjadi sesuatu penghalang untuk mahasiswa bersatu. Ini amat merugikan mahasiswa itu sendiri. Kejumudan dan taksub kepada sesuatu idealogi sehingga belaku jurang yang amat besar boleh mencemarkan keintelektualan mahasiswa. Seharusnya, berfikiran di luar kotak pemikiran biasa, terbuka dan rasional perlu menjadi sifir dalam kehidupan mahasiswa. Ini akan menjadikan mahasiswa itu mempunyai pemikiran kelas pertama kerana mampu bersatu dan memikirkan tentang agenda pembangunan mahasiswa tanpa ada jurang dan penghalang walaupun berlainan idealogi. Sikap sebegini yang harus ditonjolkan oleh mahasiswa hari ini. Perlu ada satu anjakan paradigma sekiranya ingin melihat sesuatu pembaharuan untuk kepentingan mahasiswa itu sendiri. Jangan jadikan “mahasiswa” sebagai boneka pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjayakan agenda mereka.
Mahasiswa harus sedar dan bangkit dan mula memikirkan sesuatu yang cukup berharga iaitu pembangunan mahasiswa dalam pelbagai aspek. Jadikanlah gelaran “mahasiswa” sebagai panduan dan buktikan bahawa “mahasiswa anak merdeka” mampu melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, universiti, agama, bangsa dan negara. Jadilah mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bangunlah, berfikirlah, menrtafsirlah sebaik mungkin sama ada melangkah kehadapan atau undur kebelakang yang dipilih sebagai orakan seterusnya.
Anak Merdeka